Persekutuan Pengakap Malaysia

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia

Pelawat sejak Ogos 2010

website-hit-counters.com

 

 

Utama

Organisasi

Rujukan

Muat Turun

Buku Tetamu

Peta Laman

Hubungi Kami

Pautan Luar

 

Majlis Pengakap Negeri

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia

 

Undang-Undang Kecil

 

 

1.      Nama

1.1.    Majlis  ini dinamakan Majlis Pengakap Negeri Kumpulan Latihan Kelanassiswa Malaysia seperti yang dinyatakan di bawah Akta Parlimen No.38, Tahun 1968 pindaan No.409, Tahun 1989, Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia, Dasar Peraturan Pertubuhan (DPP) Persekutuan Pengakap Malaysia, Peraturan 248 - 274E.

1.2.    Nama ringkasnya adalah Majlis Pengakap Negeri KLKM.

 

2.      Keanggotaan

2.1.    Keanggotaan Majlis adalah terdiri dari kumpulan Pengakap Kelana yang ditubuhkan di mana-mana institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.

2.2.    Penubuhan kumpulan adalah dibenarkan di mana-mana institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian yang sekurang-kurangnya bertaraf diploma secara sepenuh masa dan berterusan.

2.3.    Keanggotaan ini diwajibkan untuk membayar atau memperbaharui keahlian pada setiap tahun dengan kadar yuran seperti yang ditetapkan oleh Majlis Eksekutif Negeri. Pembayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada bulan Mac setiap tahun.

 

3.      Alamat

3.1.    Alamat perhubungan Majlis adalah di mana Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM bertugas.

 

4.      Tempat Mesyuarat

4.1.    Di alamat tersebut atau di mana-mana tempat dipersetujui oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

 

5.      Matlamat Majlis

5.1.    Adalah mengikut Dasar Pertubuhan Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia dan Akta Parlimen No.38 Tahun 1968 pindaan No.49, Tahun 1989, Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia, dan mana-mana peraturan yang dipinda dari semasa ke semasa.

 

6.      Ahli Majlis

6.1.    Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada:

6.1.1.     Yang Dipertua Negeri

6.1.2.     2 orang Naib Yang Dipertua Negeri

6.1.3.     Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

6.1.4.     Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

6.1.5.     Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap Daerah

6.1.6.     Setiausaha Kehormat Negeri

6.1.7.     Bendahari Kehormat Negeri

6.1.8.     7 orang Ahli Biasa

6.1.9.     2 orang Pemeriksa Kira-Kira

6.2.    Yang Dipertua Negeri akan dilantik oleh Ketua Pengakap Negara mengikut cadangan dari Majlis Pengakap Negeri.

6.3.    Tugas-tugas Yang Dipertua Negeri ialah untuk menggalakkan kebajikan dan kemajuan pergerakan pengakap di dalam negeri.

6.4.    Tempoh lantikan jawatan Yang Dipertua Negeri dan Naib Yang Dipertua Negeri adalah selama 3 tahun dan boleh diperbaharui selepas dipersetujui di dalam mesyuarat agung tahunan Majlis Pengakap Negeri.

6.5.    Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat Negeri dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

6.6.    Bilangan Ahli Biasa Majlis Pengakap Negeri adalah seramai 7 orang yang terdiri daripada:-

6.6.1.     5 orang yang dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan

6.6.2.     1 orang Pengerusi Majlis Ketua-Ketua Krew KLKM

6.6.3.     1 orang yang dipilih oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

6.7.    Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Negeri hendaklah diadakan pada setiap tahun Manakala pemilihan ahli majlis pula akan diadakan pada setiap 3 tahun di dalam mesyuarat agung tahunan tersebut.

6.8.    Mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan di atas arahan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri sekiranya diperlukan.

6.9.    Setiap daerah hendaklah menghantar 2 orang perwakilan iaitu Penolong Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Krew atau wakilnya ke mesyuarat agung Majlis Pengakap Negeri sewaktu pemilihan ahli majlis.

 

7.      Tugas-Tugas Majlis

7.1.    Memelihara dan menggalakkan pergerakan ini di dalam Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri dan bekerjasama dengan lain-lain kumpulan Pengakap yang berdaftar.

7.2.    Mengerjakan segala kerja seperti yang telah ditetapkan dan berkenaan segala perkara yang diperuntukkan kepadanya di bawah Dasar Peraturan Pertubuhan (DPP) Persekutuan Pengakap Malaysia dan Akta Parlimen No.38 Tahun 1968, pindaan No.409, Tahun 1989, Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia, dan pindaan khasnya berkenaan:-

7.2.1.     Tauliah-Tauliah, Pangkat-Pangkat yang Tidak Bertauliah dan Kehormat di bawah Bahagian IV.

7.2.2.     Pendaftaran-pendaftaran Kumpulan di bawah Peraturan 177 - 196.

7.2.3.     Keahlian Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Kelana, Pengakap Berseorangan dan Pengakap Kelana Berseorangan di bawah Peraturan 197 - 200.

7.2.4.     Pingat-Pingat Kebaktian dan Anugerah di bawah Bahagian IX.

7.3.    Bekerjasama dengan pertubuhan belia yang lain dalam negeri itu bagi menjalankan aktiviti sekiranya perlu.

7.4.    Menjaga hal kewangan dan harta Persekutuan Pengakap Negeri mengikut peraturan-peraturan dalam Seksyen V, Dasar Peraturan Pertubuhan (DPP) Persekutuan Pengakap Malaysia.

7.5.    Mencari dan mentadbirkan wang perbelanjaan bagi menjalankan pekerjaannya dan bagi membantu kumpulan-kumpulan dalam Negeri ini dengan jalan-jalan yang sesuai, asalkan semua cara-cara mencari wang adalah menurut Seksyen V, Dasar Peraturan Pertubuhan (DPP) Persekutuan Pengakap Malaysia, dan wang serta harta benda ditadbirkan menurut Peraturan 148 - 150.

7.6.    Memberi sokongan penuh dan membantu Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalam kerja-kerjanya seperti tersebut di bawah Peraturan 124 - 126 dan menerima ia sebagai kuasa yang diperuntukkan kepadanya menurut Dasar Peraturan Pertubuhan (DPP) Persekutuan Pengakap Malaysia bagi latihan, program, pentadbiran dan kem pergerakan Pengakap dalam Negeri itu.

7.7.    Mengirim kepada Majlis Pengakap Negara tiap-tiap tahun salinan laporan tahunan dan penyata kira-kira yang telah diaudit bersama dengan jadual harta tidak lewat daripada 28hb. Februari, dan jua nama-nama dan alamat-alamat pemegang-pemegang jawatan yang telah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

7.8.    Sesuai dengan keperluan semasa, Majlis dibenarkan untuk mewujudkan dan menganugerahkan pingat dan sijilnya sendiri.

 

8.      Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

8.1.    Pencalonan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri adalah dicadangkan oleh Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Calonnya hendaklah dari kalangan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Daerah yang sedia ada.

8.2.    Pencalonan itu kemudiannya hendaklah disahkan oleh Majlis Pengakap Negeri dan kemudian dipersetujui oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

8.3.    Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri kemudian dilantik oleh Ketua Pengakap Negara dan diberikan tauliah selama 2 tahun.

 

9.      Tugas-tugas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

9.1.    Menasihatkan Majlis dengan dibantu oleh Penolong atau Penolong-Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Pemimpin Kumpulan Kelana (jika ada).

9.2.    Bertanggungjawab menyelia dengan berkesan dalam hal kewangan, displin dan kebajikan ahli-ahlinya.

9.3.    Bertindak sebagai penasihat Majlis  dan mempunyai kuasa mutlak untuk membatal aktiviti yang bercanggah dengan prinsip, kehendak Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap atau Dasar Peraturan Pertubuhan Persekutuan atau yang boleh memberikan kesan negatif kepada ahli dan nama baik pergerakan pengakap.

 

10.  Majlis Eksekutif Negeri

10.1.   Majlis Pengakap Negeri hendaklah mewujudkan Majlis Eksekutif Negeri bagi maksud menjalankan kerja-kerja pengurusan dan kewangan.

10.2.   Ahli-ahli di dalam majlis ini adalah terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha Kehormat, Bendahari dan 2 orang yang dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

10.3.   Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri adalah bertindak sebagai Pengerusi.

10.4.   Majlis Eksekutif Negeri dibenarkan untuk membuka akaun bank bagi maksud menjaga dan mengurus tadbir kewangan dengan syarat akaun bank tersebut hendaklah dinamakan atas nama Majlis Pengakap Negeri KLKM dan bukan atas nama individu.

10.5.   Kaedah pengurusan akaun bank tersebut adalah atas nama tiga (3) orang iaitu Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.

10.6.   Pengeluaran hanya boleh dilakukan apabila dipersetujui oleh dua dari tiga orang yang tersebut.

 

11.  Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri

10.1Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri hendaklah diwujudkan yang mana ahli-ahlinya adalah terdiri daripada:-

10.1.1      Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri selaku Pengerusi

10.1.2      Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

10.1.3      Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Daerah atau wakilnya iaitu Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

10.2Tugas dan tanggungjawab Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri adalah:-

10.2.1      Merancang, menyelaras dan melaksanakan latihan dan program di peringkat negeri.

10.2.2      Mencalonkan nama bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri jika berlaku kekosongan untuk disahkan oleh Majlis Pengakap Negeri.

 

12.  Majlis Ketua Krew

12.1.   Majlis Pengakap Negeri boleh mewujudkan sebuah Majlis Ketua-Ketua Krew yang dianggotai oleh semua Ketua-Ketua Krew dari setiap daerah.

12.2.   Tugas dan tanggungjawabnya adalah:-

12.2.1.     Menyelaraskan aktiviti kumpulan-kumpulan di peringkat negeri.

12.2.2.     Menggalakkan kemajuan pengakap Kelana sehingga ke peringkat yang tertinggi.

 

13.  Pindaan Undang-Undang Kecil

13.1.   Pindaan Undang-Undang Kecil dan Peraturan-Peraturannya boleh dibuat dari semasa ke semasa dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa dengan kelulusan 2/3 ahli Majlis.

 

Disahkan penerimaannya seperti mana yang dikehendaki oleh Dasar Peraturan Pertubuhan:-

 

Tandatangan :

 

______________t.t________________

 

Jawatan :

Setiausaha Kehormat Negeri

Tarikh :

 

 

Tandatangan :

 

_____________t.t_________________

 

Jawatan :

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

Tarikh :

 

 

Tandatangan :

 

_______________t.t______________

 

Jawatan :

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Tarikh :

 

 Nota : Diluluskan untuk paparan umum sewaktu mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri pada 20/5/2011 di Universiti Sains Malaysia.

Hakcipta Terpelihara

2010-2011 © Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia

Kemaskini terakhir pada 18-10-2011 03:49 PM +0800