|
Kandungan
-
Apakah itu
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia?
-
Siapakah
yang boleh menyertai kumpulan pengakap KLKM?
-
Di manakah ibu pejabat rasmi Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia terletak?
-
Adakah setiap anggota kumpulan KLKM perlu membayar yuran keahlian tahunan
seperti kumpulan pengakap yang lain?
-
Bagaimakah proses lantikan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
KLKM?
-
Adakah KLKM
mempunyai skim latihannya sendiri?
-
Bolehkah bekas-bekas penuntut atau bekas-bekas ahli KLKM menyertai semula
kumpulan KLKM sekiranya mereka berminat?
-
Bagaimanakah prosedur untuk menubuhkan kumpulan pengakap KLKM yang baru?
1.
Apakah itu
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia?
Kumpulan Latihan
Kelanasiswa Malaysia atau nama ringkasnya K.L.K.M adalah terdiri daripada
gabungan kumpulan-kumpulan pengakap Kelana yang ditubuhkan di mana-mana
institut pengajian tinggi di Malaysia. Ia bertaraf sebagai sebuah negeri
di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia.
Dan syarat-syarat
keanggotaan KLKM adalah terdiri dari institusi pengajian tinggi yang
menawarkan pengajian sekurang-kurangnya bertaraf diploma secara sepenuh
masa dan berterusan seperti universiti, politeknik, kolej dan sebagainya.
Dan setiap institut pengajian tinggi yang mempunyai kumpulan pengakap KLKM
dianggap sebagai satu daerah di bawah negeri KLKM.
Kembali ke atas
2.
Siapakah yang
boleh menyertai kumpulan pengakap KLKM?
Hanya penuntut dan kakitangan
institusi pengajian tinggi di mana kumpulan pengakap itu berada sahaja
yang boleh menganggotai kumpulan pengakap KLKM. Ini juga bermakna sebarang
jawatan dalam kumpulan pengakap di IPT itu hanya boleh dipegang oleh
penuntut dan kakitangan IPT tersebut sahaja.
Kembali ke atas
3.
Di manakah ibu pejabat rasmi Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia terletak?
Ibu pejabat rasmi Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia terletak di mana
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri itu berada atau bertugas. Sebagai contoh,
sekiranya Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri bertugas di Universiti Pertanian
Malaysia, maka ibu pejabat rasmi KLKM juga berada di universiti yang sama.
Kembali ke atas
4.
Adakah setiap anggota kumpulan KLKM perlu membayar yuran keahlian tahunan
seperti kumpulan pengakap yang lain?
Ya, setiap anggota kumpulan KLKM adalah ahli Persekutuan Pengakap Malaysia
yang sama taraf seperti ahli kumpulan pengakap yang berada di luar KLKM.
Oleh itu, mereka perlu membayar yuran keahlian tahunan seperti yang telah
ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.
Kembali ke atas
5.
Bagaimakah proses lantikan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
KLKM?
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri adalah dilantik oleh Ketua
Pengakap Negara atas perakuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara setelah
disahkan oleh Majlis Pengakap Negeri selepas dicadangkan oleh Majlis
Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
Kembali ke atas
6.
Adakah KLKM
mempunyai skim latihannya sendiri?
Ya, KLKM mempunyai skim latihannya
sendiri yang berpandukan kepada skim latihan Kelana yang telah ditetapkan
oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Bagaimanapun, kaedah latihan dan waktu
pengajaran adalah bergantung kepada kumpulan-kumpulan itu sendiri.
Kembali ke atas
7.
Bolehkah bekas-bekas penuntut atau bekas-bekas ahli KLKM menyertai semula
kumpulan KLKM sekiranya mereka berminat?
Mana-mana bekas ahli KLKM dibenarkan menyertai semula kumpulan KLKM dengan
cara menyertai alumni di IPT mereka dahulu atau menyertai daerah alumni KLKM
di peringkat negeri.
Kembali ke atas
8.
Bagaimanakah prosedur untuk menubuhkan kumpulan pengakap KLKM yang baru?
Permulaan sebuah Krew Pengakap Kelana bukanlah suatu perkara yang mudah. Ini
adalah kerana ia melibatkan anggota yang berbilang bangsa dan agama. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk
mendaftarkan sesebuah Kumpulan Pengakap Kelana. Perkara-perkara yang perlu
dilakukan adalah seperti yang berikut :
-
Mengadakan suatu perjumpaan di antara mereka yang ingin menjadi ahli
pengakap Kelana dan mendapatkan butiran peribadi mereka. Jika boleh, jemput
Pesuruhjaya Pengakap Daerah dari KLKM yang berhampiran menghadiri perjumpaan
ini bagi memberikan penerangan tentang tujuan dan aktiviti program latihan
Pengakap Kelana.
-
Meminta kebenaran dari pihak pentadbiran IPT yang terbabit secara bertulis
-
Mendapatkan seorang dari kalangan kakitangan IPT yang berusia 26 tahun dan
ke atas yang berminat dan bertanggungjawab untuk dilantik menjadi Penasihat
Krew Pengakap Kelana. Sekiranya terdapat ahli-ahli perempuan dalam krew
tersebut, seorang Penolong Pemimpin Wanita hendaklah juga dilantik.
-
Mengisi borang penubuhan kumpulan pengakap yang baru iaitu borang yang sama
seperti penubuhan kumpulan pengakap Kelana di luar KLKM.
-
Dapatkan kebenaran Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM untuk menubuhkan
Krew Pengakap Kelana tersebut.
-
Melengkapkan borang-borang yang berkenaan dan kemudian menyerahkan borang
tersebut kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah berhampiran untuk dikemukakan
kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri bersama-sama yuran tahunan keahlian
dan kumpulan.
-
Menjalankan satu perjumpaan khas dan sewaktu perjumpaan ahli-ahli Kelana
hendaklah diberi buku panduan Pengakap Kelana dan diterangkan isi
kandungannya.
-
Melantik ahli-ahli jawatankuasa termasuk menetapkan satu hari untuk
menjalankan mesyuarat Krew dan penetapan yuran Krew
-
Memohon tauliah pemimpin daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri ataupun
Ibu Pejabat Pengakap yang berhampiran dan kemudian menyerahkannya kembali
setelah dilengkapkan.
Kembali ke atas
|