Persekutuan Pengakap Malaysia

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia

Pelawat sejak Ogos 2010

website-hit-counters.com

 

 

Utama

Organisasi

Rujukan

Muat Turun

Buku Tetamu

Peta Laman

Hubungi Kami

Pautan Luar

 

Sejarah Awal Penubuhan

 

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia adalah cetusan idea Prof. Datuk Dr. Kamaruddin bin Kachar (kemudian adalah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara) dan ditubuhkan pada tahun 1987. Nama asalnya adalah Kumpulan Latihan Pemimpin Pengakap (KLPP).

 

Pada awal penubuhannya, ia hanya dianggotai oleh 2 buah universiti iaitu Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia) dan Universiti Sains Malaysia. Kemudian KLPP telah berkembang dan ditukarkan nama kepada Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) pada 1989 apabila ia berkembang kepada 6 kolej dan universiti iaitu UUM, UTM KL, UTM JB, KUSZA dan UITM. Susulan dengan itu, USM telah diberi penghormatan untuk menjadi Sekretariat KLKM yang pertama.

 

Pada 1993, dengan persetujuan semua pihak yang terlibat, Sekretariat KLKM telah dipindahkan ke UPM. Pada ketika itu Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM disandang oleh Prof.Madya Haji Taha bin Kadir dan Pengerusi Latihan Negeri adalah En.Musa.

 

Kini jawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri disandang oleh Haji Rosdi bin Abdul Rahman dan Sekretariat KLKM juga telah berpindah ke Universiti Sultan Zainal Abidin (dahulunya dikenali sebagai Kolej Sultan Zainal Abidin) di mana beliau bertugas.

 

(Sumber: Buku Aturcara Majlis Penganugerahan Bintang Dan Pingat PPM Negeri KLKM & Sambutan Jubli Perak KLKM 02 Universiti Sains Malaysia 2011)

 

Hakcipta Terpelihara

2010-2011 © Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia

Kemaskini terakhir pada 25-10-2011 04:35 PM +0800