Persekutuan Pengakap Malaysia

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia

Pelawat sejak Ogos 2010

website-hit-counters.com

 

 

Utama

Organisasi

Rujukan

Muat Turun

Buku Tetamu

Peta Laman

Hubungi Kami

Pautan Luar

 

Logo Rasmi Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia

 

 

Makna Logo

 

Keseluruhan logo yang berbentuk seperti sehelai daun adalah bermaksud :

  • Alam semulajadi yang dipenuhi oleh daun-daun hijau.

  • Kelanasiswa haruslah sentiasa menghargai dan mencintai alam semulajadi.

 

Tali di sekeliling logo yang berakhir dengan ikatan buku sila membawa maksud :

  • Ahli kelanasiswa yang berada di bawah satu kumpulan dengan satu ikatan teguh terjalin antara satu sama lain.

 

Lambang Pengakap di tengah-tengah logo memberi maksud :

  • Satu identiti pergerakan Pengakap yang tersendiri.

 

Bunga padi di kiri dan kanan logo bermaksud :

  • Ahli-ahli kelanassiswa haruslah mengikut resam padi, semakin berisi, semakin menunduk. Dalam erti kata yang lain, semakin tinggi ilmu yang kita miliki, semakin kita merendah diri.

  • Padi yang kuning, sedia untuk dituai dan ianya boleh diertikan sebagai kelanasiswa sentiasa bersedia untuk memberi hasil yang terbaik dan bersedia untuk berkhidmat

 

Mata pena di belakang logo pula bermaksud :

  • Ahli kelanasiswa adalah mahasiswa yang sentiasa mendampingi ilmu dengan menggunakan pena sebagai simbolik alat tulis yang tidak jemu berkhidmat.

  • Warna putih keperakan pena tersebut pula membawa maksud perkhidmatan mestilah dengan niat suci dan bersih.

 

Latar belakang biru logo pula bermaksud :

  • Kedamaian yang sentiasa wujud di antara ahli-ahli kelanasiswa.

 

Hakcipta Terpelihara

2010-2011 © Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia

Kemaskini terakhir pada 18-10-2011 03:47 PM +0800