|
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan ribuan terima
kasih kepada pihak yang telah menyiapkan laman web ini terutamanya
bahagian pentadbiran. Sehubungan itu, saya juga mengalu-alukan
kedatangan anda sekalian ke laman web rasmi Kumpulan Latihan
Kelanasiswa Malaysia (KLKM).
Laman web ini diwujudkan
bagi menyediakan maklumat berkaitan pergerakan dan aktiviti-aktiviti
yang dijalankan serta maklumat lain yang berkaitan dengan KLKM.
Maklumat-maklumat yang dipaparkan juga sentiasa dikemaskini secara
berterusan sepanjang masa apabila maklumat baru diperolehi. Pengguna
juga boleh memuat turun dokumen - dokumen yang diperlukan.
Dengan adanya laman web
ini, dapat kita jadikan medium berkomunikasi kepada ahli - ahli
Kelanasiswa di pusat - pusat pengajian tinggi dalam pentadbiran
negeri KLKM bagi melaksanakan visi dan misi yang telah ditetapkan.
Selain itu, ia juga dapat
mengeratkan lagi hubungan di antara warga KLKM dalam misi
membangunkan KLKM itu sendiri. Sebarang bentuk perkongsian idea dan
cadangan sangat digalakkan dalam melakukan sebarang tranformasi
terhadap perkara yang sedia ada. Moga dengan ini, kita beroleh
manfaatnya dan di jauhkan dari mudhoratnya...
Riang berjumpa handai dan taulan,
Bersama membaca makinlah tekun,
Resmi padi jadi ikutan,
Biarlah berilmu dan juga bersantun.
~Ashadi Zain~
"Kelanasiswa Pemangkin
Mahasiswa Cemerlang"
Sekian, terima kasih.
Rosdi Abdul Rahman
Haji Rosdi bin Abdul
Rahman
Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negeri KLKM
|